❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Sunday, June 19, 2011

Selamat hari abah!






:: VERSI PENDEK ::
Abah saya baik.
Abah saya gentleman.
Abah saya romantik.
Abah saya hensem.
Abah saya macho.
Abah saya memang best.
Abah saya kelakar.
Abah saya suka menyakat.
Abah saya bersemangat waja.
Abah saya gagah.
Abah saya garang.
Abah saya tegas.
Abah saya rajin.
Abah saya suka membaca.
Abah saya suka mengaji.


:: VERSI PANJANG MELERET ::

Abah menceriakan suasana..
Bila kita sama-sama tengok bola dulu,
adik-beradik semua sokong Perak,
Abah pulak sokong pihak lawan.
Meriahkan!

Abah saya suka mengacau..
Bila saya tengah basuh pinggan..
Abah pulak sebuk amik semua pinggan kotor..
dan cakap..
"basuh ni,,basuh ni.."
sedangkan saya sedang membasuh semua pinggan tu..
saje nak kacau..
Bila abah tgh basuh pinggan pulak saya buat benda yang sama mcmmne abah buat kat saya..hehe~

Abah saya suka mengemas..
bila dia mengemas..
dan bila mak cari barang yang mak nak dan tak jumpa..
mak akan cakap..
"Ni keje die(abah) lah ni.."
Suka kemas barang sampai susah nak carik!

Abah saya sangat-sangat-sangat-sangat kuat jalan!
Dan tabiat tu jatuh pada anak dia yang ni la!
Kadang-kadang kalau da start keluar malam baru balik!
Kalau tak malam tak sah!
Dulu masa study kat Ipoh abah selalu ambil dan hantar saya!
:)
Pas tu round Ipoh!
Hehe!
Mana tak tumpah kuah ke nasi kan!
Lepas pencen,abah pilih bawak bus dari buka kedai sebab kalau bukak kedai nanti kena jaga kedai tak boleh nak jalan,kalau bawak bus kan boleh pergi rombongan! Dasat kan!

Abah saya suka berkepit dengan mak!
Nak pergi mana-mana semua nak bawak mak..
Abah cakap kalau tak bawak mak tak de teman nak gaduh!
Sweet kan! ahah~ ;)

Abah saya suka cakap pelat dengan budak kecik/cucu..
*x reti nak ajuk..*

Abah saya pandai matematik,
Masa sekolah rendah saya mintak tolong ajar matematik,
dia kan cakap..
"Amik calculator!"
Jawapan da ade,cara jalan?
haha!

Ha,kalau makan kat kedai..abah suke order makan semua sama,
makanan n minuman..
Abah kata :: senang dan cepat dapat! hehe~

Abah saya romantik,,
Sebab dengan mak abah bahasakan diri "kite"..
dengan anak pon sama..Sweet kan?! :P



Tapi bila ada sesuatu perkara yang serius abah akan garang seperti harimau!

Bila abah da buat keputusan tak da sape berani bantah kecuali..
bad!
*haish,die da jadi penasihat abah sekarang!*

Dan bila abah bagi nasihat air mata ni akan deras mengalir macam air terjun..
*terharu*

Dan,dan,dan, hai itu memg nama gelaran abah saya!
Abah
Haji Dan
Ayah Lop
Tok Dan
Atok
Wildan
Lop

Banyak lagi kisah abah saya.. :)
Selamat Hari Abah..
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik sepanjang masa,
Semoga Allah memanjangkan umur abah,
Semoga semua dalam keadaan baik-baik je..
Ameeen~

Sayang Abah selalu!

Rindu.. :(

1 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers