❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Friday, June 17, 2011

Who wants to be Nur Anida ..? : P


Well,,title entry agak gedik dan mengada2 kan..?
*biaq pi loo~*

Huhu walaupun tak de sape yang nak jadi Nur Anida,,
tak pe..ni ha Nur Anida sendrik nak jadi Nur Anida..!

Kenapa..??

Rintihan kawan-kawan tentang perselisihan BFF dan boipren membuat saya terasa saya sangat bertuah dan bersyukur menjadi diri saya sendiri..
Mempunyai BFF yang sangat2 memahami diri ini dan dia yang sangat menenangkan hati saya walaupun kadang-kadang ada karenah dia yang membuat saya..
*mengeluh* :P

Bukan tak pernah menghadapi masalah tapi sebenarnya saya sedar dengan masalah tersebut membuat kita matang dan kuat untuk menghadapi masa yang akan datang pula..

Sentisif tak kamu..??

Yes..dulu saya sangat sensitif dan sangat tersangatlah sensitif dari segi perasaan!
Sekiranya saya terasa dengan seseorang saya akan mendiam diri sehingga sesuatu perkara yang saya terasa itu diketahui oleh dia dan saya mahu dia meminta maaf kpd saya.

Tapi bila umur dah meningkat dewasa,,naluri sensitif itu berlalu pergi bersama-sama dengan perkara2 dan pengalaman yang telah terjadi. Dan sekarang,jika saya terasa hati,saya malas nak fikir dan saya fikir itu hanyalah perkara yang remeh-temeh.
Dan biarlah perasaan itu berlalu dengan sendirinya tanpa melayan lebih2..

Tak macam kakak-kakak saya dah besar pon masih lagi sensitif dan menangis..hehe!
*ha ni kalau la bace entry ni mesti terasa dan menangis kan!*
hai kak hai kak nyah,mintak maaf banyak-banyak ye!

Kalau nak tahu,dulu saya sangat mengambil berat berkenaan perasaan orang lain sebelum berkata apa2,,tapi sekarang tidak lagi,,
Mungkin ini disebabkan terlalu banyak pengalaman dan bagi muka pada orang,di tindas dan tidak memikirkan perasaan sendiri membuat saya terdetik,,


Sejak itu,saya berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain..
Saya tahu itu tidak bagus dan saya cuba untuk memperbaiki diri saya kembali kepada normal..

Kadang-kadang terdetik mana pergi nya Nur Anida yang dulu yang sentiasa berhati-hati menjaga hati orang lain tanpa mahu mengguris perasaan orang.

Seyes saya mahukan Nur Anida yang itu!
Saya rindukan Nur Anida yang itu!

Masa keadaan dan pengalaman boleh mengubah diri kita sebenarnya kan?!

Minta maaf sekiranya mulut ini berkata-kata sehingga mengguris perasaan kamu semua..

Macam mana nak perbaiki sifat sensitif?

:: sabar + emosi kena jaga + fikiran kena tenang + kurangkan ego+be + ve + relax ::

InsyaAllah perasan itu kan berlalu pergi..

Dan kesimpulan kenapa saya nak jadi diri saya sendiri sebab;
Family
Keluarga yang sentiasa membuat saya bahagia dan ceria sepanjang masa..
Kawan-kawan yang sangat memahami diri saya :: wa,dayah,koda,ya,yah,pinas,deqya,ctkus sangkot,eina tonggek,nazar saya suka berbicara dari hati ke hati dengan mereka kerana mereka sangat2 memahami diri saya..terima kasih dan memg best ada sahabat mcm korang dan saya sgt bersyukur xde perselisihan yang dasat antara saya kan kamu-kamu semua kan!
Dan dia yang sangat2 membuat saya bahagia dan senyum selalu! :)


Pengalaman hidup itu boleh mengubah diri kita yang sebenar samada menjadi lebih baik atau sebaliknya..


3 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers