❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Thursday, August 25, 2011

Macam² kisah nih!


Hai, raya dah nak dekat kan kan..? Mood nak raya sgtlah tiada,mungkin sebab masih di KL,
kalau kat kg memang sgtlah terasa!
Baju pun sehelai itupon simple tak glamour mana pun!

Jum jamu mata dengan gambar..yuk!

:: Kisah 1 ::
Alamak sgt comel la ini budak! ggggr geram btul anak kawan saya!
Inilah Damia anak Awatif!

:: Kisah 2 ::

Pergi Bukit Tinggi buat kali ke-2.. :)

:: Kisah 3 ::
Inilah kad raya buatan tangan tapi tulisan yang buruk!
:(

::Kisah 4 ::

Hadiah vs bodek..
:)

:: Kisah 5 ::
Dah siap isi duit raya dalam sampul yeay esok dah nak balik kampung!

Bagi yang nak balik kampung jugak tu;
1.Memastikan kediaman berkunci sebelum meninggalkan rumah.
2.Tidak meninggalkan barang-barang yang berharga di dalam rumah.
3.Memastikan segala peralatan elektrik, dapur gas serta suis dimatikan.
4.Periksa kenderaan anda terutamanya bahagian brek, tayar dan pastikan ianya tiada sebarang masalah.
5.Dapatkan rehat secukupnya dan mulakan perjalanan anda pada waktu yang sesuai bagi anda.
6.Jangan terburu-buru di jalanraya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat dan dapat bersama dengan keluarga tersayang tetapi bukan meratapi berita yang membawa kesedihan.
7.Jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.
8.Bagi mereka yang Islam seelok-eloknya berwuduk dan membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta bertawakkal kepada Allah sepanjang masa.


Ertinya:

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

(surah Az-Zukhruf 13-14)

Akhir kata untuk post kali ini,
saya Nur Anida bt Mohd Wildan aka Azniedatul Haszlieyana Lieszma/Datin Hajah Nieda Lieszma dan segala nick yang saya pakai dengan rendah dirinya memohon kemaafan dari hujung selendang hingga hujung kaki pada semua,kawan dari sekolah tadika,rendah menengah,sekolah agama,kolej dan kini kawan² office yang masih ataupun yang telah bekerja di tempat lain tak lupa family tersayang dan sedara-mara..

❝Ampun dan maaf andainya,
Terkasar bahasa dalam bicara,
Tersilap bicara semasa bersama,
Termarah yang tak kena tempatnya,
Tertanya tak tentu hala,
Tersasul yang tak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Terpekik kuat di telinga,
Terhantuk terketuk di kepala,
Terpinjam terambil harta & benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima,
Terpost/tertweet/terbuat status yang tak patut,
Termacam-macam yang kena-mengena,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada,
Kerana masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin❞


Yang baik datang nya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..



p/s :: bercuti dari 27 Ogos hingga 6 Sept 2011 yeay!
Ü

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers