❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Wednesday, July 25, 2012

Rindu Ipoh terlepas! :)


Kenapa saya suka Ipoh?

Sebab semua kenangan pahit manis di sana.

Kini saya dah gagah menjejaki ipoh kerana dulu saya tidak sekuat sekarang.

Biar semua itu menjadi rahsia, kenapa?

Apa yang telah berlalu jadikan iktibar, dan yang baik diteruskan.

Terlalu banyak kenangan di ipoh haha haruslah tak boleh di ceritakan kegiatan sosial di sana.

Lupakan semua.

Mulakan hidup yang baru yang lebih mencabar ini. #KL

Tetiba bila ada sebab perlunya turun Ipoh,

Maka dengan sedikit masa itu saya tak melepaskan peluang untuk menunaikan hasrat terpendam selama ini.

Keinnginan yang melampau-lampau.

haha


kowtiaw kicap


Ini dia yang di idam2 kan selama ini.
Yang pelik kat KL tak ada kotttttttttttttttT!

Jenuh mencari, kalau ada pun mungkin kat kedai makan cina.
Tak kan nak pulak kot kannn!

Ini lah makanan berkali-kali-kali-kali sepanjang saya menetap di ipoh.

Bila makan 1 sudu, 

"Baru la terasa nikmat makanan!"

Oh sampai macam tu sekali?

Haha

Tapi seyes! Di kl kedai makanan yang sedap semua mahal belaka.
Cth: nasi arab, mee udang, nasi bubur, duk ulang-ulang itu je sorang makan mau dah berbelas-belas tu pun mujur lagi, kalau dah berpuluh? #pitam!

Tapi di ipoh makanan sedap dan murah! 

Itu yang paling menarik!

Ha ada lagi 1 nasi ayam kat kedai "MAKAN SAJA"
Kedai tu kat Taman Cempaka, Ipoh.

Masa duk TC tu, nasi ayam makan saja tu dah jadi rutin sebab sedap dan murah!

Mungkin tu tempat student poli kan, tapi mmg seyes sedap gila!

Harga pulak dalam rm3 hengget mcm tu la. 

Kalau order air ada la dalam rm5 hengget.

Oh rindu nya makan makanan murah mcm tu!

La ni makan kedai biasa- biasa je dah nak dekat rm10 tu pun makanan tak sedap mana.

Bak kata sayalah kan, kat KL ni orang berniaga sebab nak kaut untung je.

Masak ntah kemana ikhlas apatah lagi la kan!

Untung je lebihhh..

Sudah cukup sudah,

hal lain banyak lagi nak cita duk pasal makan saja.

Eh kedai tu nama je kedai MAKAN SAJA tapi tetap kena bayar.

Jangan pulak makan pas tu blah.

Mungkin patut tukar nama kedai tu kan!

Lagi 1 tempat fav bebudak poli, benteng!

F :: Jumpa kat benteng!
N :: huh apa tuh? kat mana tu?
F :: Tak yah jadi orang ipoh la kalau benteng tak tau!

Pulak dahhhh kan!

Lepas tu baru tau benteng ala-ala food court bebudak poli,
saya tak berapa suka sangat kat sana sebab ramai sangat budak poli kan!
Poli tu tak apa lagi, bebudak laki tu kurang menyenangkan.

Eh melalut lagi!

haha

Secara ringkasnya sempat la pergi EON baru,, eiii EON mcm pelik je nak sebut.

JJ (Jaya Jusco) lebih better kot kan.

Mungkin dah terbiasa kot kan.

Tak ada gambar kat EON tu,

Jalan-jalan dan makan je kat situ.

Besar dan amat selesa.

Lepas EON ke mydin merujaya pulak.

Mydin terbesar woooOO0000!

Wahhhh yang ni lagi saya teruja. 

Dah macam Tesco sudahhhh!

Lepas tu main paintball.

eh eh tak main, tengok orang main je!

Tak sanggup nak main sebab semua lelaki.

Errr haruslah masuk je kena tembak! 

Haha.

Lagi 1, kulit saya ni kulit baby.

Sedangkan kena cubit sikit pun lebam apatah lagi la tembak-tembak mcm tu kan.

Oh tidakkk lebam seluruh badanku!

Ada gambar mak buyung ni je pun. 


Gambar lain-lain jum layan.

MYDIN Merujaya

 konon la kan konon!
cina tu tanya bila nak kahwin?
dengan condifent "hujung tahun."
kah kah kah


HIGOAT mydin Merujaya


Happy owl cafe



#bff 
intan eida/datin hajah nieda lieszma/rop

ok tu je! 

:: bye ::
Selamat buka puasa dan berterawih!




NOTAKAKI :: saya  sayang ipoh kerana...
seperti diatas! :)

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers