❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Wednesday, August 15, 2012

Ucapan Datin Hajah Nieda Lieszma di Hari Raya


Wah tajuk post tak tahan gitu. 

Datin la sangat kan!

Jam pukul 3.48 pagi, tadi dah tidur bangun balik dek hati tak tenang nak upload content.

Bantai pulak client bg content last minute.

Siap remind upload sebelum cuti raya.

Boleh gitu?

Kalau rasa nak tenang cuti raya kan baik buat.

Dah dah pulak nak upload portal macam harem. 

Jap ok jap down. 

Upload sikit, down, tunggu 5 10 minit ok balik.
Upload sikit, down, tunggu 5 10 minit ok balik.
Upload sikit, down, tunggu 5 10 minit ok balik.

Kerja nak cepat jadi lambat.

Tension gue!

Tapi ni bukan motif utama saya post blog ni.

 Sekadar luahan perasaan kuli seperti saya.

Raya tahun ni masih seperti tahun-tahun lepas.

Ntah bila nak raya berdua bertiga berempat.

Hehe

Baju kurung ada 2 helai,

Tempah selai, beli pun selai.

Tudung raya dah ada,

Kasut raya pakai je kasut yang berpasang-pasang tak pakai tu,

Handbag je tak ada lagi. Uwaaaa!

#over

Ingat balik kuala ni nak carik lagi 2 pasang malam raya kat bus stand kuala tu.

Malam raya meriah gila kot!

Orang punya la ramai, kerepek-kerepek, kuih-kuih raya , baju-baju raya diskaun gila-gila.

Harga malam raya.

So, malam raya  je boleh dapat kannn!

Setakat ni tak penah miss pergi meronda malam raya kat situ.

Even ramai orang tetap nak menambah kesesakan.

Tak tau pasaipa.

Malam tu jugak la jumpa orang tu, jumpa orang ni. Jumpa member lama.

Asal jumpa, "Raya datang umah!"

Tu la duk ulang-ulang. Hehe

Dah tu balik pukul 2 3 pagi kan,

Dah tu pulak balik kena kemas-kemas rumah lagi nak iron baju se-family lagi, isi kuih dalam balang lagi. 

Ha tahun ni pulak ingat nak buat kek special sket.

Ntah menyempat entahkan tidak.

Haish mcm ni la rutin setiap tahun malam raya.

Tu tu yang selalu teman tu la, TV3 sampaikan salam raya.

Tiap raya tak pernah miss!

Haha.

Pukul 4 5 baru habis.

Malam raya dah penat kan.

Dah tinggal anak perempuan sorang kan!

Bila teringat kalau kahwin nanti sian mak kemas buat kerja sorang-sorang.

Rasa tak nak kahwin pulak. :(

Kakak- kak nyah dah kahwin dah ada tanggungajawab memasing.

Harap-harap tahun ni ada la kakak ipar teman.

Huhu.

Sempena beberapa hari nak raya ni,

saya Nur Anida nak ucapkan 

Selamat Hari Raya

Maaf zahir-zahir ;)

Segala silap salah sepanjang berblog, berkawan, bergossip, berso-sial, berkerja, bercinta. #ewah


"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin, Amin~"



Sekadar memperingati diri sendiri dan anda semua. :)


Esok malam balik kampung, 

semoga perjalanan kita semua selamat sampai ke destinasi.

Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...


Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(Surah Az Zukruf 13-14)

Doa naik kenderaan

Banyak kerja menanti kat kampung tu. 

Eh eh nak cita sket pasal diet #atkins saya tu.

Hahahahahaha nak gelak guling-guling.

Lepas je balik kampung last 2 week kan,

Diet pun semakin pudar.

Kalau dah start makan kan tu la pasal!

Cnt berenti mula la mengidam tu la ni la.

Ish ish ish.

Berat stil 50 memang susah gila nak 4 kat depan kan!

Mengidam berat 4 kat depan. Boleh? Haha

Ari tu masa ada niat nak derma darah,

Cek darah-darah A. Baru tau darah saya darah A. hehe

Pas tu timbang berat tetiba 48kg, wahhhh rasa nak melompat lah.

Boleh turun pulak walaupun tak diet gila-gila.

Rasa mcm tak puas hati tanya nurse tu timbang tu betul ke tak?

Sudahnya da tak cakap tak.

Kurang 2KG.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedihnyaaaaaaaaa!

:(

mood :: #frust

Ok bai 


Assalamualaikum.



Nota kaki : Masuk kerja balik 27/8, malas nak sabung merdeka.
Banyak kerja menanti. :(

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers