❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Sunday, September 30, 2012

Ringkasan Kisah nabi Sebelum Wafat.


Ringkasan Kisah nabi Sebelum Wafat : 

Ketika Izrail ingin mencabut nyawa baginda Nabi Muhammad s.a.w ketika itu Baginda bertanya di manakah Malaikat Jibril? Adakah beliau tidak sudi menemaninya ketika ruhnya hendak dicabut...Sedangkan sebelum itu Malaikat Jibril selalu menemani Nabi. Lalu Malaikat Izrail memanggil Malaikat Jibril untuk berjumpa Nabi. Selepas Jibril datang Nabi bertanya Jibril di mana tempatnya selepas mati, lalu Malaikat Jibril menjawab bahawa seleuruh pintu Syurga sudah terbuka * seluruh malaikat di alam malakut bersiap sedia menerima kedatangan Nabi. Apabila mendengar berita dari Jibril itu wajah Nabi masih lagi belum ceria lalu Malaikat Jibril bertanya kepada Nabi adakah perkhabaran tentang Syurga masih belum menggembirakan kamu Wahai Rasulullah? Nabi berkata bahawa baginda masih lagi belum gembira selagi Jibril tidak memberitahunya bagaimana keadaan umatnya di akhirat nanti? Jibril berkata : 

" Allah mengharamkan umat-umat lain untuk masuk syurga sebelum umat Nabi Muhammad masuk ke dalam syurga terlebih dahulu. "

Mendengar penjelasan Jibril itu baru wajah Nabi sedikit ceria. Tengok betapa Nabi sayangkan kita...

source : sini

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers