❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Thursday, August 15, 2013

DIY : Kad kahwin dan template free!

*sambung semalam*

Rajin sangat Nur Anida 1 hari sampai 2 entry gitu kan. Boss xde mula la menular ke arah lain.

Entry kali ni nak mengajar anak-anak sekalian cara-cara membuat kad kahwin sendrik ye cuma print hantar kedai sebab tak ada masa nak print sendiri. Lagipun kawan saya kataaaa better hantar kedai print kan sebab kualiti adalah lebih bagus. Lagipun kalau kite hantar kedai untuk printing die ada line untuk kita lipat kalau buat sendrik pandai-pandai nak nak bajettt kan. Maka saya memakai nasihatnya itu.

Idea nak buat kad kahwin sendrik ni memang dah lama terpendam dah pun. Actually draft kad kahwin dah lama dah buat. Mula-mula dulu buat bentuk skype sebab dari skype lah bermulanya bibit-bibit percintaan kami ewah (ok geli!)
Then, draf tersebut pergi masa pencuri masuk rumah mencuri laptop saya bersama-sama draft kad kahwin tersebut hampir 2 tahun yang lalu.
Makanya nak buat balik adalah becinta lah.

Tetapi..tunang saya adalah sangat bersemangat untuk memakai kad kahwin berbentuk skype itu makanya sy pun menolak habis-habisan sebab tak ada semangat nak buat balik. *kecewa

Dengan itu saya berfikir-fikir-fikir untuk membuat kad kahwin sendrik jugak tapi bertemakan islamic giteww. Kalau diikutkan nak je tulis bahawa jawi tapi merisaukan jiwa bila kot-kot ada yang tak pandai baca kan. Mana bila mereka yang tak pandai baca bahasa jawi tu adalah mereka yang lari dari sekolah petang/agama ye tak gitu? Ok tak pelah pendam lah impianmu itu. Cukuplah khat di muka depan saja.

Berbalik pada tajuk kitaaaaaaaaaa..


Ini draf khat dari abang saya. Kalau nak tempah boleh sila email ye annidawildan@gmail.com



Ni download font dari http://www.dafont.com berbagai-bagai font ada sampai susah nak pilih.
Banyak sangat pilihan hati. tamak giteww ish ish ish!


 



Ni taq nak tampal kat depan kad kahwin tu dan print kan di office 
 [hilang keberkatan disitu :( ]
Mintak tolong jasa bebudak intern (wawa & amira) potong kan. 
Hehehe mekasih ye kalian! ^,^

Draft asal adalah dari kawan baik saya Nini Fateha nun jauh di Terengganu keje kedai printing dan dialah menasihat saya itu dan ini dan ini adalah hasilnya.








Pakai doily paper beli kat chowkit dapat rm13 
(harga sebenar rm18 tak silap), 250 keping. 
Jimat kan jimat kan!

Tadaaaaaaaaaaaaaa..
Orang pergi beraya kita duk sibuk buat kad kahwin.

Janji puas hati den.

Belah tunang die lipat gitu je tak de doily2 bagai sebab namanya lelaki.


Oh ya print bukan adalah atas kerajinan saye ye. Ini adalah atas pembayaran yang telah dibuat sebanyak RM420, sekeping jatuh rm0.35 (1200 keping) setelah tawar menawar berlaku. 

Dan saya nak nak nak jugak pakai paper craft atau ada jugak yang panggil recycle paper kerana nampak klasik gitew.
Dan tak lupa 2 bunting telah diberi percuma samada design mereka atau design yang kita beri. Terima kasih bebanyak. 

Sebelum tu dah byk survey dah kat mana printing murah, ada pun jauh pulak nun kat kelantan. Rugi pulak pulak kan tang postage. Then kitrg pg lah 1 kedai printing kat Pudu sebab ramai cakap kat pudu murah, tapi tak da pulak paper yg saya mahukan. Sedih, dan org tu suggest kat chowkit sebab die kata sana HQ berbagai-bagai paper pun ada. Ok 1 stgh hari mmg habis cari kedai printing.

Untuk uols kalau ada masa terlebih tu baiklah survey kat chowkit tu melambak kilang ok kilang printing rajin tak rajin je nak survey. Mujurlah rezeki kedai tu kami betul- betul parking depan kedai terus tokey kedai tu panggil. Then kami pun menyambut mesra panggilannya itu. Dah dah settle deposit semua barulah tersedar kenapa cepat terpengaruh sedangkan kitrg tak survey pun lg. Tak pe takpe, kami pun pergi kedai deret situ tny harga kebanyakan semua bagi harga mahal rm0.50 hingga rm0.70.
Fuhh lega..

kad kahwin (RM420, 1200 keping)

bunting (free oh yeah, design sendiri!)



Dan banyak lagi benda yang DIY. 
Sila bersabar ye sayangggg!

Ok sapa yang berminat saya boleh share draft saya supaya mereka yang nak menDIY kad kahwin boleh edit dan tokok tambah. Yang penting kena ada basic ilustrator ye kengkawan kalau tak pandai boleh belajar.


Sila email dan saya akan beri nasihat selanjutnya..


annidawildan@gmail.com


Ok bye!


JUBAH ARAB TREND TERKINI LELAKI DISINI & HARGA MELETOP! (KLIK SINI)



Notakaki : mood menDIY kahwin adalah sangat teruja.




1 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers