❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Monday, November 18, 2013

Bagaikan sebuah drama..

Assalamualaikum..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dah seminggu 2bulan ++ hari dah bertukar status married, last entry adalah entry yang sedih yang mana menceritakan persiapan kahwin dalam keadaan yang sangat sedih. Tapi entry kali ni adalah entry tentang kehadiran dan kehilangan seseorang.

Tak sangka dan bagaikan sebuah drama bila hari kenduri hari yang patut diraikan dengan penuh kesyukuran bertukar menjadi kenduri yang penuh kesedihan bila abah kembali ke rahmatullah pada hari kenduri tersebut 31/8. :(

Perasaan? 
Hanya Allah yang tahu, tak pernah tak pernah dan tak pernah terfikir yang abah akan pergi secepat ini dan pada hari kejadian.

24/8/2013 (Sabtu)

Dah mula start cuti kahwin, tapi tak boleh balik kampung lagi memandangkan banyak benda nak kena settle kat KL. Mulanya apply cuti kahwin start 28/8/2013 tapi tambah 2 hari awal disebabkan keadaan abah yg tak menentu.

26/8/2013 (Isnin)
Masa sampai rumah start cuti kahwin, mak tak bagi jumpa abah. Sebab abah sakit jantung kan, takut nnt bila jumpa abah sebak. OK fine mula sedih!

Sepanjang persiapan tetap berdoa semoga abah sembuh dan boleh nikahkan nanti. 
Itu je harapan yang tinggi menggunung. 
Tak dapat nak bayangkan bila yg nikahkan tu bukan abah. :(

Persiapan berjalan seperti biasa. Pakai perhati je sambil duduk atas kerusi roda.

Yang pasti tetap memberi arahan itu la ini la. :)
Dalam hati mungkin nak buat kerja tp apakan daya. Tak mampu..

30/8/2013 (Jumaat)

Pihak laki dah bertolak dari Terengganu, keadaan abah masih mcm tu. 
Malam tu nikah, harapan utk abah nikahkan amat tipis.
Petang tu abah pergi mengurut kaki, balik tu abah mintak singgah gerai tepi jalan utk beli tau fu fah.
Permintaan abah sehari sebelum pergi..

Malam nikah, hati kena pasrah abah tak dapat nak nikahkan. Abah dah tak bangun baring atas katil. Rasa tak sanggup nak hadapi semua ni. :(


Siap-siap make up bagai, airmata masih bertahan. Pengantin lelaki sampai, tok kadi sampai. Tok kadi panggil masuk bilik abah yang sedang baring.

Minta baca lafaz wakil wali. :(
Ya Allah, ni yang aku tak nak sepanjang hidup tapi apakan daya. Terpaksa.
Hati rasa sebak sangat-sangat, tak mampu dah nak tahan airmata, dalam bilik abah depan abah, depan tok kadi, depan semua aku menangis. Aku cuba pujuk hati terima semua ni, perlahan-lahan, tersedu-sedu aku baca lafaz wakil wali dengan hati yang berat.
Selesai.. abah pun kena baca lafaz wakil wali tu. Aku tengok wajah abah, ada takungan airmata. Ya Allah mesti abah sedih tak dapat nikahkan aku. Tak apalah abah, tak de rezeki Nida, mungkin Nida byk dosa kat abah sampai kan Allah tak makbulkan doa Nida.
Nida redha abah walaupun terpaksa.

Dah selesai lafaz tok kadi ke ruang tamu, pengantin lelaki dah sedia menanti. 

Niat di hati nak duduk sekali nak dengar nak perhati nak tengok saat-saat aku bertukar status tapi tak sanggup nak tengok yang nikahkan itu bukan abah, aku duduk dalam bilik, diam mendengar ijab dan qabul dari dalam bilik.
Selesai, Alhamdulillah..

Lepas sarung cincin dan beri mas kahwin, aku dan suami masuk dalam bilik abah,

masa ni hati aku sedih sangat, pesan abah, jangan gaduh-gaduh, banyakkan berdoa.
Airmata menitis lagi.. Berat betul dugaan ni.. Hati abah mesti lega sebab dah ada orang yang boleh jaga aku walaupun tak dapat nikahkan sendiri..




Lepas makan-makan pengantin laki balik nak teruskan majlis esoknya.


31/8/2013 (Sabtu)

Masa berjalan berjalan berjalan, persiapan dibuat secara paling sederhana, 
no kompang, ni DJ, no marhaban, no anything. Semua tolak ketepi sebab keadaan abah yang macam tu.

Bersiap sederhana, dah siap duduk dalam bilik abah, mak halau sebab tak nak abah sebak agaknya.


So duduk dalam bilik dan kadang-kadang keluar tuk tangkap gambar, pagi tu buat solat hajat untuk abah.


Pukul 1 lebih ambulance sampai, pengantin lelaki pun sampai,

suami dah call cakap dah sampai, aku suruh masuk je, ambulance ada nak bawak abah pergi hospital.. entah bila mereka call ambulance aku pun tak tau, tetiba je ambulance ada, aku dah tak ada mood nak sambut bagai,, aku dah terbaring tak mampu lagi nak buat apa-apa.. suami di sisi cool down kan aku.
Airmata tak berhenti menitis.. ini bukan hari perkahwinan. dah tak da istilah majlis perkahwinan nur anida. Aku redha..
Ambulance bawak abah pergi, aku sempat pegang tangan abah sebelum ambulance bawak abah pergi hospital. Aku masuk balik bilik, menangis menangis menangis, semua suruh aku turun untuk sambut rombongan tapi aku tak mampu. Aku baring, mak mentua datang peluk aku, pah mengaji aku disisi seorang-seorang datang tenangkan aku. Suami tetap ada sebelah.

Aku dengar kat luar dah semua menangis, tapi tak seorang pun bagitau aku, aku macam dah dapat agak, aku tanya suami, abah ada lagi tak?
Suami cakap "Allah lebih sayang kan abah.."
Pujuk hati supaya terima semua ni, sekurang-kurangnya abah ada masa hari nikah, sekurang-kurangnya abah ada masa lepaskan tanggungannya. Hari ni dah tak penting bagi aku..

Mak mentua buatkan air yassin baca depan aku, mak sedara mentua jugak, habis baca yassin mak mentua bagi aku minum air yassin tadi. Aku rasa mula ada tenaga, ma ajak makan sekali dengan rombongan, aku turun jugak tapi hati masih berat. No makan beradab. 

Makan nasi sikit lepas mak mentua pujuk. Makan sesuap dua sebab tak makan sejak pagi tadi dan kena paksa makan. Sebenarnay tak ada selera langsung.

Jenazah abah dimandikan di surau, disembahyang kan di surau, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lubuk Merbau, tempat asal abah lahir dan dikebumikan. 

Tak jauh dengan kubur opah. 

Malam tu buat makan-makan sikit, buat tahlil.. tak ada acara potong kek dan buka hadiah seperti kenduri sebelum ni..


Semua secara sederhana biarpun ada banyak duka daripada suka.

Alhamdulillah semua selesai walaupun lain dari apa yang dirancang..
Sebaik-baik perancang adalah dari Allah S.W.T.

Semoga abah tenang di sana, NIda masih terkesan dengan kejadian ini namun Nida redha dan mungkin ada hikmah semua ini.


Dari Dia kita datang dari Dia kita kembali..


Terima kasih pada semua yang hadir pada hari tersebut dan maaf segala semua kekurangan dan tanpa layanan yang sepatutnya.

*TamaT*











0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers