❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Friday, November 8, 2013

MAJLIS BERTANDANG 14/9 : Terengganu bereh boh

Assalamualaikum,

Sepatutnya update belah perempuan dulu kan, tapi kena langkah bendul update belah laki terus. Sebabnya kenduri belah kite hari tu entry panjang sikit. Tak boleh nak update kat office, asal mula nak mengupdate airmata dah meleleh. So tengah tunggu masa yang sesuai nak mengarang kat rumah. Dah cerita setengah dah tapi tak habis lgi. Still dalam draf. 

Tapi tak pe kita upload gambar yang belah laki kat Terengganu dulu tak salah kannn.

13/9/2013 (Jumaat)
Cuti lagi, gerak dari KL ke Perak pukul 11 sampai Perak lebih kurang pukul 3. Tunggu punya tunggu pukul 4 jugak gerak. Lalu jalan cameron highlind.


Sepanjang perjalanan adalah tidur okey. Memang tak boleh masuk kereta ibarat macam masuk buaian. Hehe

Tapi bila dah sampai kat Jalan Felda Aring, jalan adalah sangat meggerikan. Horror gila!
Masa tu dah tak boleh tidur sebab jalan yang sangat teruk. Ibarat buaian dihayun2. heeee Takda signboard bagai, tak ada lampu jalan, tak ada rumah, kereta/lori lalu pun mungkin setengah jam sekali. Semata-mata pokok getah. Omaigod. Teringat abah mentua cakap jangan terkejut bila datang ruman abah nnt. Inikah suprisenya? haha nak sedapkan hati, ok inikan felda! 

Nak dekat 2 jam melalui jalan tersebut. Ya Allah memang adalah kenangan pahit gila! 
Inilah bila abah tak ada. Sorang pun tak tahu jalan, kalau abah ada kite ikut bontot kereta abah je. :( Bila abah tak ada GPS lah kita guna, dia bawak pulak jalan yang cenggini. Abah memang expert bab jalan-jalan ni. Memang teror! Celah mana pun tahu.. Memang sebelum bergantung penuh kat abah je bab ni. Kena ingat jalan lepas ni.. tapi #arjuna pun jenis ingat jalan, supaya dia boleh ganti abah bab ni. InsyaAllah..nak harapkan kite? ohhh mmg tak lahhhh! Disebabkan ada driver kemana2, balik dari perak ke Sentul pun boleh sesat larat. Kah kah kah. OK fail!

14/092013 (Sabtu)
Sambung, dah berjam-jam dalam kereta akhirnya sampai jugak walaupun pukul 3 pagi. Tak ke lama gila tu. Kalau lah tahu lalu jalan Grik lagi bagus. Sampai je terus jumpa abah mentua sebab abah mentua tak sihat. Sedihnya, banyak betul dugaan kan. Memang tak boleh bangun, demam.. Abah nak jumpa nak pastikan kite sampai dah. Baiknya abah.. :)

Sudah-sudahlah membebel jum kite layan gambar pulak. :)

*klik gambar untuk zoom out*




































































































































































Wa tammat!

Selesai sudah majlis di pihak lelaki, terima kasih semua yang menjayakan memeriahkan majlis ini.


:)

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers