❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Thursday, December 25, 2014

Moment melahirkan Muhammad Az Zakiirr

Assalamualaikum,
alahai lama tak menjenguk blog yang dulu menjadi tempat luahan perasaan, tak ada lah luahan perasaan sangat lah kan. Haha


Alhamdulillah syukur syukur syukur 18 Sept 2014 selamat bersalin dan baby boy berat 2.9kg secara czer, ye czer. Sepanjang tempoh kehamilan jenuh control makan, tak minum manis, berat badan pun jaga sebab nak bersalin normal, and lastly Allah tak bagi peluang untuk bersalin normal. Sedih ye sedih tapi masih bersyukur kerana masih berpeluang hidup dan menatap baby comel Muhammad Az Zakiirr. :) Kita merancang Allah menentukan. 



15 Sept 2014 - Isnin

Start cuti maternity leave (2m) Mintak cuti awal sebab dah tak larat sangat nak pergi keje. Tak larat nak bawak perut oi! Masa ni dah 39w. Mintak cuti awal seminggu. Tak rest kat rumahhhhh je..


16 Sept 2014 - Selasa

Hari Malaysia. Plan laki bini kemas rumah sebab dah start cuti bersalin. Berkerjakeras lah si laki alih sofa, buang almari, kemas tu kemas ni bagai, si bini duduk mengarah itu ini. hew hew.. 
Gagah kan suami kiteee,, hew hew



17 Sept 2014 - Rabu

Si laki bersiap nak pergi kerja macam biasa, si bini bersiap sarapan bagai. Dah start leaking da masa ni, pelik tapi benar dan masih dalam keraguaan air apakah ini? Tak kan air kencing kot sebab tak rasa nak kencing, bau tak bau air kencing pun. Pakai pad, penuh basah sampai bertukar2 pad. Si laki pergi kerja macam biasa. Tapi warning siap2 pastikan handphone hidup. Bila si laki pergi kerja si isteri duduk relax2 sambil berwhatup dengan teman kerja x-skali dulu, ceritalah ada air meleleh bagai, diorg suruh si laki standby. Dalam jam 11 macam tu dah start sakit perut. Call si laki tengah meeting. Ok lepas lunch balik. Masih boleh siap2 barang2 yang nak bawak pergi hospital dan masih berkira2 hospital mana nak pergi nih? Balik si laki dengan kelam kabutnya. Dah siap2 dalam kereta pun masih berkira hospital mana nak pergi. Ok lah HKL je lah dekat pun dekat senang nak berulang nanti kan. Dalam jam 5 macam tu sampai hospital, memang saja lengahkan sebab ramai cakap anak pertama lambat bukaannya. Seluk punya seluk dah bukak 2cm, tu pun doc tak confirm lagi warded ke tak sebab doc bajet akan bersalin dalam kan 6/7 pagi esoknya. Last2 kena warded. Bagi tau lah family kat kampung dan mak pun kelam kabut cari tiket nak datang kl. Dah masuk wad, sakit contraction tu masih berjalan seperti biasa dan bila contraction datang tarikkkkkkkk  nafas dalam dalam. Allahhhh.. masa kat wad, bila sakit jalan hujung katil nun sampai hujung katil nun, kat hujung tu letak kerusi, sakit jalannnnnnnnnnn,, tak sakit duduk kat kerusi lelap kejap, curi2 tido sebab letih sangat kan, makan pun ala kadar je.. so tenaga pun berkurang. Ye lah tak makan lunch, harapkan breakfast tu pun makan ala2 je, sebelum masuk wad si laki beli nasi goreng malangnya nasi goreng kurang berkenan dan perut pun dah masuk angin. Dalam pukul 8pm mcm tu sakitttt dan mintak nurse cek laluan, cek cek baru bukak 3. Allahhhhhhh.. lambatnya. Nurse pun cakap tak boleh cek selalu, kalau sakit sangat nnt bru boleh cek. OK. Dalam jam 11pm tak larat sangat nak jalan pun tak larat mintak nurse cek cepat2, dah bukak 5cm. OK boleh amik pampers je call suami dan boleh tolak labour room. Cepatttttttttttt cepattttttttttttt sakit sakit sakittttttttttt! Hanya Allah je yang tahu sakit nak beranak. Call suami pun cepat cepat, nak cakap pun tak mampu. So tolak lah ke labour room, sampai labour room nurse mamai2 rasanya baru bangun tido sebab kurg patient nak beranak. Nurse cek jantung baby, nurse cakap jantung baby lemah. Mana suami saya mana suami saya? Nurse cakap ok ok kami call.. Allah nak gelak pun ada bila ingat balik. Si suami sampai teman lah si isteri yang tengah meraung kesakitan. Dah push push push banyak kali tapi tak de pun baby nak keluar? I tak reti nk terankah? Nurse cakap jantung baby lemah. Tapi sedih nurse tak ajar pun cara nak push, tak ada moral sokongan, just cakap cakap cakap. Sedih! Rasanya sebab nurse tu mamai2 tu sebab tak semangat nak ajar bagai. Nurse panggil doc, doc cek cek and 1 word... czeer! Aku? pasrahhhhhhh.. sempat lagi cakap, kalau nak czer, czer la cepat2. tak tahan sakit dah nihhhhhhhhhhhh!


18 Sept 2014 - Khamis

So tolak lah ke dewan bedah dalam jam 1, nak cucuk bius pun 1 hal tak boleh tegak kan badan, tak mampu sangat, terima kasih sangat kat nurse2 sebab bagi pinjam tangan pinjam baju untuk genggan, tarik nasib tak koyak je kot.. Bila dah selamat cucuk bius barulah lega sakit hilang mcm tu je. Masa operate cakap kat nurse rasa perut mcm org belah, nurse cakap balik tapi x sakit kan. Aah tak sakit. Diorg tutup perut dengan kain, tak dpt tengok kalau tengok pun mau pengsannnnnnn. Masa operate pun curi2 tido sebab sejuk dan letih! Dalam jam 1.30pm dengar suara baby nangis, baby aku ke tuh? Nampak nurse bawak baby, dah bersihkan sikit nurse tunjuk dan tanya baby apa.. Sayanggg,, baby boyyyy! :) Menitis airmata dah selamat jadi bonda dan selamat bagi zuriat pada suami. Alhamdulillah syukur!


Keluar dari dewan bedah jam 3pagi bila dah siap semua. Tolak ke wad. Allah selamat semuanya. Walaupun tak seperti yang dirancang (normal) tapi masih positifkan diri sebab memang tak menjangkakan sangat akan bersalin czer. 



Sampai wad call mak yang ada kat rumah abang, cakap dah bersalin tapi czer makkk.. Tak per Alhamdulilah amin!



Belanja pic Muhammad Az Zakir fresh from oven sampai la ni, dah 3 bulan. Pagi2 dia yang jadi jam loceng bonda dan abah, bangun2 je senyum nak marah sebab bangun awal sangat pun tak jadi nakkkkkkkk...ni blog sendrik kan sukahati la nak tempek berapa byk gmbr pun, kalau tempek kat fb mau kena je nanti kan kalau bukan secara lisan mungkin secara halussss.. hehe


0 day

3 days

4 days - masuk wad Hosp Kuala Kangsar - kuning 1malam

5 days

6 days

7 days


10 days

15 days

19 days - Raya Qurban 2014

22 days

23 days





29 days - Muhammad Az Zakir dah mula tunjuk kelasakan nya.

Allah comel nya tidur macam tu sayanggggg.

31 days

42 days 

Dah habis pantang dan balik Terengganu jumpa cousin beza 2w.




2month ++
Ummi Hani hadiahkan bantal breasfeeding dengan tuala sulam nama ZAKIIRR
Terima kasih ummi haniiiii... :)

Cousin beza sebulan.


Test pakai botol sebab nak masuk kerja dahhh.. 
Alhamdulillah Zakir tak banyak kerenah.

Zakir dan abah

Muhammad Az Zakir permata hati bonda dan abah, Semoga jadi anak yang soleh, menjadi abang yg bertanggungjawab kepada adik-adiknya(opppsssssssss),menjadi insan yang disenangi semua orang, tidak terlena dengan arus teknologi, ewah.. Mohon jangan jadi programmer macam abahnya. Haha. 
Jadilah ustaz seperti Dr Zakir Naik sebab nama Zakir ambil dari nama dia. :) 
Alhamdulillah, tak banyak ragam, tak banyak kerenah. 
Bonda abah sayang Muhammad Az Zakiir. lebiuuuuuuuuuu!

Assalamualaikum. 



p/s : Tak terfikir pun nak share pengalaman bersalin 
ni tapi nanti bila Zakir dah besar bila mula 
buat perangai ke suruh baca blog bonda nih, 
tengok mcm mana bonda bersusah 
payah melahirkan Zakir. huhu

0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers