❝I will never regret you or say I wish I never met you, because once upon a time, you were exactly what I needed..❞

#azfamily
#muhammadazzakiirr


Thursday, May 14, 2015

Muhammad Az Zakiir : 8 months

Assalamualaikum.

Pepetang cenggini nak tunggu masa balik memang elok sangat la kan update blog. Kang dah publish tengok-tengok jam pukul 5.30.. ok bye boleh balik. hew hew. heaven!

Dah lama tak jenguk blog nak ceritapun mestilah nak update anak teruna sorang tu. Allah bonda rindu! Tak sabar nak balik main-main dengan Zakiirr. Ponggong berat tak nak merangkak, dah memanjat dah meniti. Hai nak berjalan terus Zakiirr? Pengsan bonda! Pagi- pagi kalau die bangun tidur terus senyum.. Allahhhh runtun jiwa bonda. Tu tanda dia cukup tido, kalau bangun duk erk erk erk tu tanda tak cukup tido. Makan selera je tapi badan tak naik mana, aktif sangat gamaknya. Tapi badan mcm tu pun lenguh tangan bonda dukung wahai Zakiirr. Pagi-pagi sebelum hantar babysitter abah mandikan dulu, bonda siapkan makanan Zakiirr, bonda dah siapkan Zakiirr bru hantar babysitter. Abah pun banyak membantu, untung Zakiirr abah rajin mandikan Zakiirr, basuhkan berak Zakiirr. :) We love u abah! Babysitter pulak Alhamdulillah okey, walaupun jaga ramai tapi bonda yakin zakiirr suka sebab ramai kawan kan?

Zakiirr belum umur setahun lagi dah merata bonda dan abah bawak kan. Hehe. Balik Terengganu usah kira lah, balik Perak apatah lagi, Pahang dah 2x dah, Langkawi pun dah, (hai abah pun baru pergi Zakiirr haha) , Kedah pun dah. Harap2 keje kite berjalannnn je Zakiir, bonda memang kaki merayap. hehe Mandi pantai pun dah 4 kali sampai Zakiirr tergedik2 kaki bila dapat air. Geram! Bonda tak bawak pergi baby spa je lagi. Impian bonda tu. hehe...

Kalau nak bercerita pasal Zakiir sampai esok pun tak habes walaupun umur baru nak masuk 8 bulan, huhu. Bonda nak simpan gambar dalam blog mak mak ni. Sebenarnya nak tukar template blog rase mcm dah tak sesuai dah template nih, nak kena cari template yang lebih mak mak lagi. haha tapi tunggu lah rumah dah masuk unifi nnt. ;)

Zakiirr dengan Ayah Tam kat rumah Perak

Muka tu tolong ikhlas sikit boleh Zakiir? 
Muka bonda punya tulus mulus ikhlas tau!

Masih sama, tak berubah muka ceh!





Teruja sangat jumpa pantai nasib la rumah terengganu dekat dengan pantai, 
suka la tu!


Az family, baru 3 orang. Eh!

Dah memanjat tak larat dah bonda nak kawal, kalau dapat kaki nnt kaki bonda yang kurus. Tak nak kurus nak gemok, tak nak kurus!



Cherating, Pahang. 

Oh merah-merah pipi Zakiiir tu eczema, hurm kejap ok kejap tak entah tak tau apa yang di alergiknanya. Harap tak berpanjangan lah eczema Zakiirr ni. Ok byr takat ni je. Assalamualaikum. :) 

Eh ada lagi ke yang mampu baca entry ni sampai habes, eh ada follower lagi ke? haha bondasukaperasan!


0 LEAVE YOUR COMMENT:

❤ AZ ❤

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

❤ Our First AZ ❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

❦ i'll follow u ❦

Google+ Followers